Kebersihan diri
Maksud kebersihan diri
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
CARA-CARA MENGGOSOK GIGI DENGAN BETUL.
Gigi dan mulut adalah aspek yang amat utama
untuk setiap individu.
Seseorang hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnnya dua kali sehari supaya gigi tidak dihindari kuman dan bakteria yang menyebabkan kerosakkan gigi.
Seseorang hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnnya dua kali sehari supaya gigi tidak dihindari kuman dan bakteria yang menyebabkan kerosakkan gigi.
- LANGKAH 1
Untuk permukaan luar gigi,
letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.
Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.
Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.
- LANGKAH 2
Untuk
membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.
- LANGKAH 3
Menggunakan
pergerakan atas dan bawah secara lembut untuk membersihkan bahagian dalam gigi
hadapan.
- LANGKAH
4
Bersihkan lidah selama 10 saat.
KEBERSIHAN KULIT
➽Seseorang perlulah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
➤Seseorang perlulah menggosok badan dengan kain lembut supaya segala kuman dapat ditanggalkan dan mereka juga perlu
memberi perhatian terhadap bahagian kaki terutamanya di celah-celah jari kaki
➦ Penggunaan sabun yang betul adalah sangat penting supaya
tidak dapat alahan pada kulit.
KEBERSIHAN TANGAN
Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini.
Tangan lebih sering menyentuh makanan berbanding dengan anggota lain.
Amat pentinglah untuk seseorang individu untuk mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.
CARA- CARA MENCUCI TANGAN
Langkah 1 – Basahkan kedua belah tanganBuka pili dan basahkan kedua-dua belah tangan di bawah air mengalir yang suam sambil menggosok-gosok kotoran yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Langkah 2 – Gunakan Sabun
Tiada sabun khas diperlukan.
Namun begitu menggunakan sabun yang mempunyai aroma yang menarik dan menyenangkan dapat membantu kita anda untuk kerap mencuci tangan.
Langkah 3 – Gosok semua permukaan tangan dengan buih Sabun
Pastikan dilakukan dengan teliti seperti
§ Gosok Tapak Tangan
§ Gosok Setiap Jari dan Celah Jari
§ Gosok kuku pada tapak tangan dengan menggaru tapak tangan
§ Gosok belakang tangan
Langkah 4 – Basuh selama 15 – 20 Saat
Mengikut kajian, masa yang dikatakan mencukupi untuk mencuci tangan dengan sempurna ialah selama 20 saat.
Petua yang digunakan untuk mengganggarkan 20 saat ialah dengan lagu “Happy Birthday” yang diketahui umum satu dunia. Satu putaran lagu tersebut adalah dalam lingkungan 10 saat.
Oleh itu lagu diulang 2 kali bagi mendapatkan anggaran masa 20 saat.
Langkah 5 – Bilas Tangan Dengan Sempurna
Buka pili air dan letakkan tangan di bawah air mengalir dengan posisi tangan menghala ke bawah.
Awas jangan sampai tangan terkena permukaan sinki.
Bilas kedua belah tangan dengan menggosok sehingga hilang kesan buih sabun.
Langkah 6 – Tutup pili air dengan menggunakan tisu atau tuala.
Pastikan pili air ditutup menggunakan tuala atau tisu bagi mengelakkan bakteria mencemari tangan anda kembali terutama di tandas awam.
Langkah 7 – Keringkan tangan
Keringkan tangan dengan menggunakan tuala yang bersih ataupun dengan menggunakan kertas tisu.
Jika berada di tandas awam, pengering udara panas boleh digunakan sekiranya ada.
Dengan mengamalkan amalan membasuh tangan dalam mengendalikan makanan, kemungkinan untuk berlakunya pencemaran silang juga akan berkurang.
1.Bersihkan muka
dengan cara yang betul.
2.Gunakan bahan
yang sesuai dengan jenis kulit kita.
3.Amalkan
menggunakan 3 bahan rangkaian utama bahan iaitu pembersih, penyegar dan
pelembap.
4. Muka perlu
dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun daripada
tidur dan sebelum tidur.
Video tentang kebersihan diri
Comments
Post a Comment