Rehat dan tidur


Pengenalan 

Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam semalam berisiko mendapat banyak penyakit.

Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.

Di antara kebaikan cukup tidur ialah:


💖 Jantung sihat 

Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi



Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok.

Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.



💥Mencegah kanser 


Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam

Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah.

Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser.

Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.



 👍Kurangkan stres


Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres.

Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok.

Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur.

Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes.

Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.


😊Menyegarkan badan




Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.

Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda dengan lebih produktif.



😉Menguatkan ingatan 



Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang.

Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.


 😻Membantu menurunkan berat badan 

Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai sikap tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan.

Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur.

Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar.

Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh.

Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.

Akibatnya tenaga anda akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya.


🙋Mengurangkan risiko kemurungan  



Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan.

Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.



💟 Membantu memperbaiki sistem badan 



Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain kerosakan.


Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.



 🍶Tidak mengalami kesan kafein


Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita.

Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak.

“Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya.

Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.




Wajah lebih cantik dengan tidur yang cukup


Menurut sebuah kajian, tidur cukup pada malam hari mampu membuat tubuh menjadi cergas, kulit tampak lebih muda dan sihat

Saat sihat, kecantikan seorang perempuan akan terpancar sempurna.

Kantung mata dan garis halus tampak berkurang

Kantong mata akibat kurang tidur atau kerana genetik biasa dihilangkan dengan tidur lelap sampai 8 jam setiap malam. 

Tidak hanya itu, kerutan di wajah juga akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua

Hal ini biasa terjadi kerana tubuh mengalami rehidrasi.
Keadaan bertambah parah saat muncul kerutan, garis-garis halus, serta lingkaran hitam di bawah mata. 

Saat kurang tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon stres kortisol yang biasa merosak kolagen, zat protein yang membuat kulit halus dan kenyal

Sebaliknya, saat tidur 8 jam setiap malam membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lancar yang fungsinya biasa memperbaiki jaringan dan sel kulit.

 Dengan tidur cukup, tubuh dan fikiran menjadi tenang. Hal ini memberikan mood positif untuk jiwa dan orang di persekitaran. 

Dengan memiliki mood positif, anda akan menjadi peribadi yang menyenangkan.

Penyerapan produk perawatan wajah lebih efektif.

 Krim malam yang biasa digunakan sebelum tidur akan berfungsi lebih efektif jika anda tidur cukup.

 Hal ini disebabkan, aliran darah pada kulit meningkat di malam hari sehingga krim terserap dengan cepat.


Video tentang cara-cara untuk tidur







Comments

Popular Posts