Menjaga Pemakanan

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit serius.

 Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

 Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. 


Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

 Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak makan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat


Kita haruslah menjaga pemakanan seharian kita dengan memakan makanan seimbang.





Kepentingan Makanan Berkhasiat


1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. 

Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. 

Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.







2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit

Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.


3. Mampu mengawal kadar obesiti.


Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. 

Pengawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. 

Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.


4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.



Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu.

 Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.

 Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.




Amalan pemakanan sihat


1. Jangan tidak makan karbohidrat


Sesetengah daripada kita mempercayai bahawa mengambil makanan berkarbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit.

 Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.



2. Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti  kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. 


3. Makan tengahari semahu anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi.

 Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya

Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. 

Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin.

4. Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.


5.Berhenti sebelum kenyang

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya

Praktis ini sememangnya amat membantu kerana membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.


6. Tetapkan pola waktu makan yang seragam


Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak



7. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil .




8. Kurangkan pengambilan gula di
dalam makanan


Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. 

Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

Video ini menunjukkan kandungan gula dalam minuman


9. Menguyah makanan secara perlahan-lahan


Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. 

Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.



10. Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.




11. Banyakkan Minum air



Anda disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari, tetapi ia boleh memberi manfaat untuk minum walaupun sehingga 13 gelas.

 Ini akan bergantung kepada tahap umur, jantina dan aktiviti anda.



12. Amalkan bijirin penuh
100% bijirin penuh kurang diproses dan mengandungi setiap satu daripada bahagian-bahagian bijirin. 

Mereka adalah lebih tinggi dengan serat, protein dan nutrien lain yang berfaedah.

Makanan gandum untuk mencuba termasuk oat, bijirin dan roti gandum.




Video ini memberikan idea penyediaan makanan yang sihat








Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi.

 Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. 

Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula.

 Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.

 “Tepuk dada tanya selera”. 

Antara sebab penting pemakanan seimbang dalam diet seharian kita ialah dapat mengawal kadar obesiti.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.


“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”



Comments

Popular Posts