Kecantikan Diri



Maksud Kecantikan Diri

Kecantikan itu sendiri merupakan sesuatu yang subjektif dan mempunyai maksud tersendiri mengikut individu.

Kecantikan sebenar meliputi banyak perkara dan bukan tertumpu kepada kecantikan fizikal sahaja.

Erti kecantikan diri yang sebenar ialah penjagaan kecantikan dalaman iaitu cerminan tingkah laku seorang yang baik.




Pengenalan

Pada era teknologi terkini dan membangun,semua kini lebih mementingkan keterampilan diri yang lebih menarik kerana ingin lebih berkeyakinan ,ditambahkan orang yang kebanyakkanya berkerjaya.


Untuk kelihatan lebih anggun dan menarik ,produk kecantikan digunakan untuk mendapatkan hasil yang dapat memuaskan kehendak hati.

Namun, sifat obsesif terhadap kecantikan diri kini dilihat semakin memudaratkan dan membahayakan diri sendiri kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan itu bukan sahaja menjejaskan wajah malah boleh mengakibatkan maut.


Pada masa kini terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan terutamanya di kalangan wanita.

Fenomena ini bukan sahaja melanda di negara ini, malah di seluruh negara. 

Tidak ada orang di dunia ini yang tidak mahu berkelihatan cantik, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memperolehi kecantikan yang diimpikan.



Produk kosmetik 

Maksud

Produk kosmetik bermaksud apa-apa bahan yang dicadang untuk digunakan ke atas beberapa bahagian tubuh badan manusia bagi
membersih, mewangi, memperbaiki atau mencantikkan kulit muka dan menghilangkan bau badan.

Pengenalan


Dari segi sejarah apa yang didapati ialah sejak dahulu lagi manusia menggunakan pelbagai jenis ramuan asli atau bahan kimia dalam pemprosesan barangan kosmetik. 

Contohnya, tanaman herba, lemak haiwan dan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu. 

Sehingga kini penggunaan alatan kosmetik masih diragui dari segi keselamatan kepada pengguna. 

Barangan kosmetik merupakan sebahagian daripada barangan dandanan diri wanita. Kebiasaannya barangan kosmetik disimpan di rumah malah merupakan sebahagian barangan utama yang sentiasa dibawa dalam beg tangan wanita.Contohnya, barangan penjagaan rambut, bedak, gincu dan minyak wangi.







Kandungan bahan kimia produk kecantikan


Berita Bernama terkini menyebarkan bahawa produk kosmetik dikesan mengandungi racun.













Kesan penggunaan produk kecantikan

                                                           



Langkah mengatasi kesan penggunaan produk kosmetik






🏀 Senaman “vertical leg crunch’ ini dapat mengurangkan lemak di dalam perut .

Kita perlu memastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus, yang mana akan membuatkan perut kita bekerja dengan lebih keras lagi serta akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini.

 Cara-caranya ialah:

1.Baring di atas lantai dengan dua tangan di belakang kepala

2. Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang

3. Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu

4. Baring kembali

5. Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa

6. Hembus nafas apabila menegangkan perut dan sedut nafas apabila kembali berbaring

7. Lakukan 1-3 set dengan ulangan 12-16 kali setiap sesi.

  


Seterusnya, bahan organik boleh digunakan sebagai penganti produk kecantikan. 




Contohnya,minum jus lemon dan enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.

Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.


Caranya:

💓perah sebiji lemon dan ambil jusnya. 

💕Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak     sekata.

💘 Biarkan selama 10 minit dan bilas. 

💔Lakukan setiap hari.

💖Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas         yang berisi putih telur. 

💔Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask.

💝Biarkan 10 minit dan bilas. 

💕Lakukan sekali atau dua seminggu.




Video tentang produk kecantikan


Comments

Post a Comment

Popular Posts